html

{color:blue;}

Monday, 10 September 2012

JUJUR DAN IKHLAS DALAM PERSAHABATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..


Saya pasti semua orang tahu betapa besar nilai sebuah persahabatan.Tidak ramai yang berani menilaikan sahabat yang sebenarnya.Sahabat yang baik adalah sahabat yang sudi menasihatkan kita dengan baik dan mengajak kita melakukan kebaikan serta berkongsi kasih sayang dengan kita dengan penuh keikhlasan dan jujur dalam setiap apa yang dilakukan.

Betapa besarnya erti sebuah persahabatan itu.Dikala susah,menangis bersama dan merasa duka bersama.Dalam kegembiraan dia sudi mendengar kegembiraan sahabatnya dan sentiasa berdoa supaya sahabatnya sentiasa bahagia di dunia dan di akhirat.

Apa perbezaan antara sahabat dan kawan??Pada pendapat saya sahabat merupakan teman yang sanggup melalui segala susah dan senang bersama-sama kita.Sanggup mendengar segala keluh-kesah hidup kita dan sentiasa mencuba melakukan sesuatu untuk membantu menyelesaikan masalah kita.Tetapi kawan pula adakalanya hanya ada disaat kita meraih kemenangan dan dalam kegembiraan.Mereka hilang disaat kita memerlukan dan muncul disaat kita kesenangan.

Tidaklah kita akan mendapat seorang sahabat yang sebegitu rupa sekiranya kita juga hanya dapat menjadi kawan semata-mata.Oleh itu,sangatlah penting untuk kita menerapkan nilai jujur dan ikhlas dalam menjalinkan sebarang persahabatan.Dengan itu,mudahlah juga kita untuk mendapat seorang teman yang bernama sahabat sejati..

Tip-tip dalam memilih sahabat:

1.Cari sahabat yang dapat membawa kita ke jalan yang benar dan diredhai Allah.Sama-sama melakukan kebaikan dan kebajikan.Tidak memilih untuk mementingkan diri sendiri.

2.Dekat dengan sahabat yang boleh dipercayai.Ada yang boleh dipercayai tetapi tidak jujur dan ikhlas.Ada yang jujur tetapi tidak ikhlas.Dan ada yang ikhlas tapi kejujurannya kurang.Ada juga yang hanya berlakon menjadi jujur dan ikhlas di hadapan kita tetapi sebaliknya apabila berada di belakang kita.Kita haruslah berhati-hati dengan sahabat yang sebegini.

3.Carilah sahabat yang merendah diri.Biarlah tidak cantik dan tidak kacak di mata kasar kita tapi memiliki hati yang sangat cantik di sisi Allah.




TEMAN SEJATI



Selama ini
Ku mencari-cari
Teman yang sejati
Buat menemani
Perjuangan ini

Bersyukur kini
Padamu Ilahi
Teman yang dicari
Selama ini
Telah kutemui

Dengannya di sisi
Perjuangan ini 
Senang diharungi
Bertambah murni
Kasih Ilahi
Kepadamu Allah 
Kupanjatkan doa
Agar berkekalan 
Kasih sayang kita

Kepadamu teman 
Ku pohon sokongan
Pengorbanan dan pengertian
Telah ku ungkapkan 
Segala-galanya...

Kepadamu Allah
Kupohon restu
Agar kita kekal bersatu
Kepadamu teman 
Teruskan perjuangan
Pengorbanan dan kesetiaan
Telahku ungkapkan segala-galanya
Itulah tanda
Kejujuran kita...